klik klik ok!

Sunday, April 10, 2011

Kek Coklat lagi!

Selamat hari Ahad semua.... hari nie mrs sunnies lambat update n3. Motif? saje nak bg tahu, today mr n mrs sunnies keluar jalan-jalan cuci mata hihihihi.... Sebenarnya hari nie kami turun seremban, nak ambik ikan pekasam yang member belikan semasa dia pergi berjalan ke Kedah. Ekceli mrs sunnies dah lama gila mengidam nak makan ikan pekasam, now sudah dapatlah Alhamdulillah.


So malam tadi, sempatlah mrs sunnies buatkan kek coklat kegemarannya. Dia takdelah mintak, tapi ini atas budi bahasa mrs sunnies sendiri, yelah susah payah dia belikan ikan pekasam untuk i tau... bak kate pepatah orang berbudi kita berbahasalah.
 Gebu tak kek kita? :)

Rasanya sebelum nie mrs sunnies ada tulis bahan2 buat kek coklat ni tp takpelah di sbbkan mrs sunnies nie memang rajin terlebih, maka dengan bangganya mrs sunnies paparkan semula ye!

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
250gm majerin
250gm gula halus (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
50gm serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
3 biji telor
1 sudu kecil essen vanila
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air sejuk
Coklat masakkan - cincang halus/parut (suka hati nak letak banyak mana)
*Ayakkan tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan nescafe. Satukan.*

Cara-cara
Putarkan gula dan majerin sampai kembang.
Masukkan telur sebiji2 dan putarkan lagi.
Letakkan pula essen vanila.
Letakkan pula bahan yg disatukan sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air sejuk.
Dalam dulang pembakar, letakkan separuh adunan dan taburkan coklat masakkan.
Letakkan lg lebihan adunan dan taburkan lagi dengan coklat masakan.
Bakar dengan suhu 160c selama 30-40 minit@hingga kek masak dgn sempurna.
 Taraaaa... nampak macam rapuhkan?

Sebenarnya, hari ini rezeki ibu mengandung memang murah! apa yang di idamkan semuanya dapat! Syukur Alhamdulillah, masa odw nak balik rumah, my kazen amimarz calling2, bg tau yang dia ada buah jambu air kecik tu (buah nielah yg mula2 mrs sunnies teringin sangat nak makan masa awal2 mabuk dulu) so kami pun jumpalah kat petronas ampang, sbb dia pun odw nak balik ke kg PD dari kg mentuanya kat Pahang.

Masa jumpa tu, bukan setakat dpt buah jambu air je, dia baginya kami durian dan pisang. Alhamdulillah murahnya rezeki baby hari nie, dapat ikan pekasam, buah jambu air, durian dan pisang dalam masa satu hari! Ya Allah syukur sangat2 atas rezeki mu itu. Thanks kazen n frend ye :)))))))





MoDe : Malam nie tidur ku pasti lena sekali hihihihi....

4 comments:

  1. gebusnya kek tu mas..
    letak nescafe juga ye

    ReplyDelete
  2. Kasihredha: tq kak, a'ah bg rasa dia pahit sikit dan bau dia pun lagi sedap tau (nie ikut petua chef Ismail) tp kalau rasa 1/2 sudu kecil tu macam banyak, akk leh buh 2-3 cubit serbuk nescafe je :)

    ReplyDelete
  3. air sejuk tu = air dlm peti ais ke??? nak sejuk mana tahap kesejukkannya... (first time baca resepi kek pakai air sejuk, nak kene try ni...)

    Kita pun dpt ikan talapia pekasam & ikan putih pekasam ari ni dr member opis ni.. dia blik Perak... yummy

    ReplyDelete
  4. amimarz: yap, air sejuk dr peti ais. Nie resepi dari mama, cuma mas ubah buh coklat masakkan je. Trylah, masa angah dtg umah mas kt seremban 2 dulu, mas ada buat kek ni.

    Ikan pekasam sedap kan? hihihi....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails