klik klik ok!

Friday, May 20, 2011

Ayam Masak Merah

 Merah oh merah

As Salam semua... dah makan ke belum? kalau belum, jemputlah jamu mata ye :) Jangan segan2 nak tambah okes hehehe... Ketuk2 kuali kali ini adalah Ayam Masak Merah permintaan dari incik suami yg dh lama gila mengidam nak makan aym masak merah ni :) Tapi nak mai habaq ler, ini bukan menu hari ini, ini yg lepas2 punya. Al maklum ler dh lama tak bukak pintu, tu yg banyak lauk tersimpan je hihihi...

 Ayam ku berenang-renang dlm minyak hihihi...

Percaya atau tidak, selama bertahun-tahun kawin, inilah pertama kali ai masak ayam masak merah! Iye!!!! percayalah! Jangan di tanya apa sebabnya ok? Pastu plak main masak je! hahaha nasib baik jadi U..... Ok kita terus ke bahan-bahan ye... ceceh banyak2 nnt korang lari plak ehek..ehek..ehek.. (tp kalo tak confident jgn tiru resepi ai ok, nnt kalo tercery bery ai tak tanggung hihihi)

Jemput makan semua :)

BAHAN-BAHAN AYAM (utk 2 org mkn)
Beberapa ketul ayam 
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

BAHAN-BAHAN SOS
2 labu bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - racik
1/2 inci halia - ketuk
1 biji buah tomato - potong dadu
1 sudu besar cili kering
2 - 3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
secubit garam
1/2 gelas air
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar kacang pis (tin punya)

CARA-CARA
Untuk Ayam - Basuh ayam bersih-bersih. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Dalam minyak yg panas, gorengkan ayam separuh masak. Tos dan ketepikan.
Untuk Sos - Gunakan minyak sayuran semasa menumis. Tumiskan bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kering dan tumis sampai cili kering masak/pecah minyak. Masukkan pula buah tomato. Tumis sampai buah tomato jadi lembik. Masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos tiram. Kacau seketika dan tambahkan 1/2 gelas air. Letakkan bawang besar, ayam goreng dan secubit garam. Biarkan mendidih dan sesekali kaup balikkan supaya tidak hangus. Bila kuah mulai pekat letakkn pula kacang pis dan jus lemon. Kaup balikkan lagi sampai ayam masak dengan sempurna dan bolehlah dimatikan api. Hiaskan ayam dengan daun sup dan daun bawang.

P/s : untuk sos, tambahkan lagi semua bahan sos kalau rasanya tdk memuaskan hati :) Kalau banyak ayamnya lebihkan ler semua bahan tu ye, nnt ada yg kato ekau kedokut bahan plak hihihihi.....






MoDe : tak semua org betuah.... setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau dpt yg kurang pasti ada hikmahnya kan?

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails