Sila abaikan gambar yg tidak pro ini
Assalamualaikum dan selamat malam. Dah makan ke? masak apa hari ni? mas ni asyik tanya soklan yg sama je kan? kalo tak tanya masak apa mesti tanya makan apa? huhuhu nak wek camno dah itu je yg ado dalam kepalo den ni hah. Malam minggu nonton drama sambil ngonyel2 kacang or cokelat mst sedap kan? tapi kalau perut dah kenyang memang ngonyel dengan mata jelah hihihi.
Alhamdulillah dinner tadi mas masakkan suami mee hailam ala2 bandung. Mee hailam ala2 bandung? mcm mana tu? sedap tau, incik habby pun suka! Ok yg tu nanti mas tayangkan resepinya. Sekarang ni mas nak tunjukkan resepi roti telur inti keju. Bagi penggemar keju, tentu korang akan suka kalau keju tu dimasak dgn apa2 cara sekalipun. Lagi banyak keju lagi best! Macam pizza, sedapnya makan panas2 pastu kejunya meleleh-leleh...perghhhh nikmat laaaaa hihihihi.
Dalam peti ais rumah kami mesti kena ada stok slice keju jenama kraft or jenama lain asalkan halal. Sebabnya mas suka sangat buat pizza roti dan roti telur inti keju. Ok, roti telur inti keju ni kan tersangatlah best dan mudah. Bebudak mesti suka lagi pun makan keju ni bagus tau untuk gigi dan tulang.
Apa yg perlu hanyalah beberapa keping roti, 2 biji telur di pukul kembang bersama dengan 1/2 sudu bsr mayonis, sedikit garam(optional), sedikit serbuk cili powder dan sedikit oregano herbs. Mula2 buangkan kulit roti, kemudian ambil sekeping keju dan letakkan di atas sekeping roti lepas tu ambil lagi sekeping roti letakkan pula atas keju (mcm sandwich). Belah 4 dan ulang semula proses sampai habis (nak habiskan satu buku roti pun boleh je)
Panaskan kuali dengan sedikit minyak(mas guna minyak zaiton). Celupkan roti dalam telur dan gorengkan dgn api yg kecil. Goreng sampai telur masak di kedua belah keping roti dan keju jd cair. Sangat sedap di makan begitu saje atau dicicah dgn sos cili dan mayonis. Selamat Mencuba!
Abaikan lagi, tangan sy yg tidak pro huhuhuhu....
sedapkan!saya pon pernah buat.mmg best
ReplyDeleteNonierahman
ReplyDeletePeminat cheese jugak ye... Sedapkn mkn ms panas2 :-)
nak tye..roti tu goreng..kan?? tak muak ke?
ReplyDelete