klik klik ok!

Friday, March 2, 2012

Spicy Prawn Spaghetti with Mushroom Shitaki


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat tengah hari. Dah siap masak ke? masak apa hari nie? Oh ye sebelum tu, Salam Jumaat, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Jom kekawan kita banyakkan sedekah, selawat dan istighfar. Semoga apa yg kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala dari Allah swt, 
Insya Allah.

Pejam celik, pejam celik dah nak hujung minggu kan? Sekarang ni masa berlalu terlalu pantas. Sedar-sedar dah masuk bulan 3 dan sekejab juga Amani dah 8 bulan. Alahai, dah makin besar baby ummi ni, dah makin lasak dan bijak! Macam tak percaya dia dah 8 bulan sekarang, rasa macam baru je lahirkan dia hihihi.... Semoga Amani menjadi anak yg solehah.

 

Ok mas stop ceceh! Hari nie dapur mas belum berasap lagi. Eh salah, pagi tadi dah berasap, mas buat bekpes cekodok ikan bilis dan sambal ikan bilis. Licin dah...tak sempat nak snap sbb kami dh kebulur hihihihi... Untuk makan tengah hari, mas belum pikir nak masak apa lagi. Nak masak ke tidak ye? Rasa macam malas plak tapi mas ni bukan boleh caya. Cakap je malas, kang tetiba tung tang tung tang kat dapur. Kekadang tu kata nak masak tetiba malas plak so tung tang tung tang lah kat dapur orang hihihi makan luar ler!

So n3 yg mas paparkan ni bukanlah menu hari ini tapi menu dinner kami malam tadi. Malas nak masak nasi so mas masak yg ringan2 jelah. Sukalah spaghetti grg ni sbb ada cendawan shitaki. Selalunya kalau buat spaghetti grg, mas just letak cendawan butang je tapi kali nie mas letak cendawan shitaki sbb teringat plak mkn spaghetti kt pizza hut. Dia org cuma letak cendawan shitaki, udang dan kcg peas je. Simple tapi sedap!

Oklah jom kita terus ke resepi ciptaan saya ye.


Bahan-bahan :-
1 cekak spaghetti - rebus 
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - hiris nipis
1 mangkuk udang yg kecil2 - beli yg dah dikupas kulitnya 
1 bungkus cendawan shitaki kering - rendam sampai lembut (belah 4)
1 biji cili benggala merah
1 sudu besar cili flaks
Sedikit oregano herbs
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam - optional
2 ke 3 tangkai daup sup - racik halus2

Cara-cara :-
Tumiskan bawang besar dan putih hingga harum atau kekuningan.
Masukkan cili flaks dan tumis sekejab.
Masukkan pula cendawan shitaki. Tumis lagi hingga cendawan lembut.
Masukkan pula udang, garam, pati ayam dan oregano herbs. Kaup balikkan hingga udang masak.
Letakkan pula cili benggala. Kaup balikkan lagi beberapa minit dan akhir sekali masukkn spaghetti. Gaul rata2 hingga sebati. Bila semua bahan dah masak taburkn pula daun sup. Bolehlah padamkan api.

2 comments:

  1. waaa sedap nya... lama dah tak makan gini. en asben payah skit nak masuk tekak ni. betul2 nak kena sedap. kiki.. binik dia ni kdg buat menjadi kdg2 yanga do je. tapi makann warne wrni mmg sihat kan. jgn pewarne tiruan sudah.. heeee

    ReplyDelete
  2. Izahdaut
    Suami mas suka sbb dia tgh diet nasi hihihi ye betul yg penting menyihatkn :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails