klik klik ok!

Tuesday, March 6, 2012

Terung Sambal Tumbuk



Assalamualaikum dan selamat malam wahai rakan belog semua. Dah makan ke? makan apa tu? sedap ke? hehehe kiah propa betulkan dia ni. Kami pun dah makan, alhamdulillah kenyang sgt. Tadi mas masak bihun goreng udang kering, 1st time buat jadi plak walau pun tadi mas dh kate today my dapur tutup hihihi...tutup separuh hari je. Incik hubby kate sedap! bangga sampai kempas kempis hidung makcik sekejab wakakaka...


Sebenarnya mas bukannya boleh makan udang kering sbb nnt jd alergik pada kulit tangan. Bukan setakat udang kering je, segala jenis seefood kecuali ikan pun tak boleh makan. Kalau makan boleh jd gatal2 kat kulit pastu susah nak baik. Tapi tulah manusia kan, kadang kala derhaka juga huhuhu... Ini kali ke dua mas derhaka, semalam mas buat terung sambal tumbuk yg ada udang kering.


Ok, mulanya seram juga nak buat terung sambal tumbuk ni sbb ada udang kering kan dan resepi ni mas ambil dari dapur Kak Diana. Sebenarnya resepi asal tak ada pun udang kering, kak diana saje tambah untuk mengenakkan lagi rasanya. Penambahan itulah yg buat mas tergoda dan terus tiru macam kak diana buat juga hehehe..



Ternyata penambahan udang kering itu memang menyedapkan lagi terung sambal tumbuk ni. Masa makan tak sedar pun yg terung tu mas ratah macam tu je. Hubby pun suka sangat sbb rasanya pedas2 manis. Pendek kate memang sedap gila walaupun huhuhu...mas derhaka lagi dengan resepi itu. Apa-apa pun terung sambal tumbuk nie memang mantop!!!! Jom semak resepi yg mas ambil dari dapur kak diana.


Resepi oleh : Akk Ummi@Home sweet home


Bahan-bahan
20 ulas terung ungu mini (boleh je guna terung lain) - mas goreng terung dalam minyak yg cetek
3 tangkai cili merah (dibuang biji)*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan yg dibakar* (bahan * ditumbuk kasar) - mas tak letak
1 - 2 sudu besar cili kering kisar - mas guna 1 sudu bsr 
1 sudu besar air asam jawa - mas lebihkan sikit
6 tangkai cili padi thai (diketuk) - mas tak letak
2 sudu besar gula/secukup rasa
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit udang kering (ni Diana tambah)


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk sebentar hingga naik bau.
Masukkan pula cili kering kisar dan kacau hingga naik minyak (guna api perlahan).
Masukkan gula dan air asam jawa, kacau.
Masukkan terung diikuti dgn garam secukup rasa.
Masukkan cili api thai dan kacau balik terung dan cili padi hingga sedikit layu sahaja (rasa keras2 sikit bila dimakan) dan seimbangkan rasa. Tutup api.


3 comments:

  1. memang kalau buat sambakl terung letak udang kering menambah sedapnya lagi. mmg terangkat gitu,... hehe.. gambo bhun tak de ke mas?

    ReplyDelete
  2. As'salam Mas

    ni fav suami k.ct ni, k.ct setakat makan sikit2 boleh lagi mas. dulu pernah masak gak. tapi bila dah habis akan, mulalah sebu memanjang ulu hati ni.

    lama juga tak masak ni Mas, bagus bagi idea ni :)

    ReplyDelete
  3. Izahdaut

    tulah pasal...udg kering tu bukan setakat sedapkan bau je tp rasanya sekali.
    hihihi...nnt mas upload pic bihun udg kering tu ye :)))



    Ct Delima
    Wsalam kak...

    Akk gastrik ke? samalah dgn mas lepas makan rasa sebu je tp disebbkn dah suka tela kan aje hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails