klik klik ok!

Monday, April 2, 2012

Nasi Ayam MAS ori punya!



SILA BACA SAMPAI HABIS SEBAB SAYA SANGAT JUJUR :-)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 blogger semua. Salam berjumpa kembali kita pada hari ini. Sihat ke kawan2 diluar sane? Cuaca yang tidak menentu skrg ini pastinya akan mengundang pelbagai penyakit. Bila dah sakit semua pekara jadi tak kena. Nak makan tak ada selera, nak masak tak ada mode, nak berjalan rasa tak selesa dan kalau terbaring saje jadi sakit kepala, kan?. Doa mas semoga kalian semua baik2 saje. Kami, Alhamdulillah sihat walafiat, bahagia dan sejahtera. Mudah2 berkekalan hendaknya...amin. 


Cuti hujung minggu, tiada apa2 aktiviti istimewa yang kami lakukan, cuma jalan2 window shoppingg at MV dan OU. Hubby mas ambil cuti dua hari dari 28 dan 29hb 3, sempena besdaynya, dah macam cuti agung je kan hehehe. Kekononnya nak bawak kami jejalan ke Melaka or Cameron. Maklum ler dah lama betul kami tak pergi bercuti sejak ada amani, tapi hajat itu terpaksa dibatalkan atas sebab faktor cuaca yg tidak sesuai nak bawah amani beriadah lama2 kat luar (ayt sedapkan hati tu) huhuhu.... yang sebenarnya amani masih lagi makan bubur yg diblender so susah juga kalau kami nak bercuti dan bermalam. Iyelah, takkan kami nak bawak periuk nasi dan blender plak? Tak pasal2 nanti hubby kena saman sbb mas main masak2 dlm bilik hotel tu hahahahaha! 


Ada yg sarankan kami bwk makanan baby yg sudah diproses dalam botol, nnt bila2 nak makan just panaskan dalam air panas je tapi kami tak confident dgn makanan tu sbbnya makanan segera ni mesti ada bhn pengawetnya kan? Tak apalah, kami tunggu amani dah besar sikit baru kami planing semula percutian kami nanti. Mesti seronokkan, time tu amani dah pandai berjalan dan bercakap, mesti meriah dgn celoteh dia. Tak sabarnya nak tunggu time tu.




Ok, kita tutup pasal cerita cuti tu. Now berbalik pada cuti minggu. Semalam, selepas jejalan cuci mata kat OU, errrrr...cuci mata ke? salah tu. Belanja sikittttttt kat OU hihihi, masa odw balik, tetiba tekak ni teragak nak makan nasi ayam. Masa tu dah pukul 4.00 petang, mode rajin memasak tetiba datang, pulak tu datang bukan calang2, terus nak masak nasi ayam! memang tak agak2 kan?. Selama mas terro memasak (ayat berlagak), mas tak pernah masak nasi ayam walaupun nasi ayam tu peberet kami laki bini. Sama macam kes sambal sardin, suka tp tak nak cuba masak sendiri. Bila dah cuba, laaaaa kacang je! (ayat berlagak lagi tu) kuikuikui. Sambung balik, dalam peti ais timun, tomato, ayam dll ada, tinggal beli madu, daun sup dan salad je maka misi nak cuba memasak nasi ayam diteruskan. 


Dengan Bismillah, mas pun tung..tang..tuk..tuk..sreng..sreng...kat dapur. Dalam hati  suspen juga, jadi ke tidak ayam madu ku? tanak tak nasi tu? Memang cuak lebih mas ni, walhal bukan tak pernah tgk mama & mak tiri masak nasi ayam. Tengok saje tak sama dengan memasak sendiri kan? So hantam kan aje mas hehehe.... Panjang pulak makcik ni membebel, jari ni pun dah penat menaip huhuhu. Ok kita teruskan lagi.

Percaya dan tidak, NASI AYAM MAS menjadik! sangat sedap (ayat berlagak lagi dan lagi) walaupun nasi ayam mas sangat ringkas dan mudah. Benarlah, kalau hati kita ikhlas, apa kerja yang kita buat mesti berjaya walaupun kerja itu cuma kerja enteng. Dengan bangganya mas gelarkan Nasi Ayam pertama mas dengan nama NASI AYAM MAS ori punya! Wakakakakakaka.......


 Nasi ayam pertama, Alhamdulillah tak lembik tak keras. Sedang2 dan sedap2 kat mulut.

 Ayam madu panggang the best. Errr...nampak kering mungkin sbb kulit ayam tu dah tak ada. Lepas ni tak nak buang kulitnya.


Resepi Nasi Ayam MAS dari dapur mas


Bahan Nasi Ayam :- 
1 cawan beras (mas guna beras biasa dan sukat guna tin susu kecil)
2 sudu besar butter
1 biji bawang besar(saiz kecil) - racik
1 biji bawang putih - racik
1/2 inci halia - ketuk
2 helai daun pandan - koyak dan ikat.
Rempah 3 sekawan
1 sudu kecil penuh pati ayam knor
1 sudu kecil garam
1 kotak kismis - optional
Air


Cara-cara :-
Basuh bersih2 beras. Masukkan dlm rice cocer letakkan air, dimasak seperti biasa.
Dalam periuk lain masukkan 2 sudu bsr butter dan tumiskn sejekab 3 sekawan.
Masukkan pula bwg bsr, bwg putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
Angkat dan masukkan tumisan kedlm rice coker berserta daun pandan, serbuk pati ayam dan garam. 
Bila nasi dh masak, masukkn kismis, gaul rata2, biarkan kismis sebati dgn nasi.


Bahan Sup :-
6 ketul ayam (2 org mkn)
1 biji bwg besar - racik
2 biji bwg putih - racik
1/2 inci halia - ketuk
Rempah 3 sekawan
sedikit pati ayam knor
garam sekucup rasa
Air


Cara-cara :-
Tumiskan 3 sekawan seketika, masukkn bwg besar, bwg putih dan halia. Tumis sehingga kekuningan dan masukkan pula air (air biar agak2 penuh paras ayam je)
Masukkan pula ayam dan pati ayam knor.
Biarkn mendidih hingga ayam masak, perasakan dgn garam secukupnya. Taburkan sedikit daun sup.


Bahan Ayam Panggang :-
2 biji bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar sos tiram


Cara-cara :-
Angkat ayam dalam sup dan toskan.
Tumbuk lumat bwg putih dan halia.
Dalam satu bekas, gaulkn ayam, bahan tumbuk beserta madu, kicap dan sos tiram. Gaul rata2 dan perapkan selama 10-15 minit.
Panggang dlm oven selama 20-25 minit dgn suhu 200c. (nak gorengkn aym tu pun boleh, minyak jgn byk sgt)


Bahan Sambal Nasi Ayam (sgt mudah dan ringkas) :-
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos cili
1 susu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil lada sulah
Sedikit air panas untuk mencairkan sos


Cara-cara :-
Satukan semua bahan sos dan air panas, kacau sebati dan perasakan dgn lada sulah.


Ulam-ulam :-
Timun
Salad
Tomato
Daun sup


Jemput makan kawan-kawan :))

10 comments:

  1. salam mas
    ada nasi ayam yer disini..dah lama x buat nasi ayam mas..klu buat sendiri mmg berbaloi kan..leh makan byk2 he he heee tu lar tp nk membuatnya malas btul...mintak kat mas jew la yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....
      Ye betullah tu, kalau buat sendiri boleh makan ulang kali tanpa segan hihihihi...
      Alah...dah habislah nasi aym mas ni :)

      Delete
  2. Salam mas atau kak mas, sapa yg kakak ya? hihihi... terima kasih dtg singgah, skrg ni pun sama ajerr di mana mana rasanyer cuaca tak berapa sesuwai sgt nak bwk bebudak beriadah kat luar, lagi2 kat bangkok skrg ni, panas kemain lagiii, pastu mcm kering gituuu, mintak2 puasa takde lah panas mcm ni kalau tak mau melepak seharian :D rasanyer kalau request dgn chef kat hotel masakkan bubur takde masalah, dulu2 masa ank2 kita kecik kita org kalau jalan2 berenti kat hotel mesti suh buatkan bubur, tak yah letak apa2 just suh letakkan carrot atau kentang, tak yah letak grm sume, tp kalau kat mesia tak tahu pulak, skrg ni alhamdulillah ank2 dah besar sikit makan dah takde masalah :D semalam pun kita buat nasi ayam :D ayam tu kan kalau tak nak kering sgt, biasanyer kita sapukan butter lepas dah siap bakar tu, dgn air2 yg terkeluar masa proses membakar tu sapukan balik kat ayam tu, insyaAllah berkilat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kakak kot hihihi sy lahir tahun 79, ija tahun berapa? tak kisahlah yg penting salam perkenalan dan terima kasih juga sudi singgah sini ye :)
      Tu yg kami berbelah bagi nak bawak amani beriadah sbb cuaca mmg tak menentu skrg. Elok2 panas terik tetiba kang hujan turun mencurah-curah. Bestlah mcm tu kan? senang kerja si ibu tak payah susah2 nak masakkan bubur sbb boleh oder je kat hotel tu. Seriusnya mas tak tahu pun dan tak tahulah hotel2 kat malaysia ni boleh buat mcm tu ke tidak.

      Owh...baru mas tahu, kalo nak aym tu jadi kilat buh butter n air dari ayam tu ye. Terima kasih bg mas tips ye :))))

      Delete
  3. petua nak masak sedap mulakan dengan bismillah n selawat...Insyaallah sedap n menjadi.
    pastu satu lagi petua...main2 campak2 je masak tu...petua yg ni jgn diikut kalau x konfiden..hahahaha...gurau jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi... betullah cakap ucu tu, apa2 kerja yg kita buat harus dimulakan dgn bismillah dan yg campak2 tulah yg mmg selalunya sedap!

      Delete
  4. Assallamualaikum Mas..
    Wehh dah macam set hidangan kat restoran nasi ayam jer ni.. Nak satu set Ok.. sambal lebih tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.....
      hehehehe...nampak mcm set hidangan kat kedai ye? wah bangga mas gitu tau kikikikikih...
      Alamak dah habis lah set nasi ayam mas, dah kena bedal ngan incik hubby hehehehe...

      Delete
  5. Sedapnye ayam mas kak mas...teringin nak rase kak mas wat utk farhana...blh ke??huhu...

    ReplyDelete
  6. Sedapnye ayam mas kak mas...teringin nak rase kak mas wat utk farhana...blh ke??huhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails