klik klik ok!

Monday, July 23, 2012

Ikan selar goreng sambal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai kawan2 blogger semua. Sekali lagi mas mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, doa mas semoga ramadhan kali ini lebih bermakna, penuh pahala, penuh keberkhatan dan keampunan dari Allah swt, InsyaAllah.

Sejak tibanya ramadhan ramai betul kawan2 blogger yg dok tayang iftar bersahur dan berbuka, malah biskut raya pun ada. Seronoknya dpt tgk kemeriahan sambut ramadhan di dapur maya ini, mas pula jadi tak sabar nak beraya hihihi.
 Mas dari awal puasa sampai hari ini tak berkesempatan nak snap picas di kedua waktu huhuhu tak sempat weiiiiiii... siap je masak hubby terus ajak pergi bazar ramadhan, lepas tu baru je kita tertonggeng nak snap, si kecik plak buat hal so tak payahlah hihihi. 

Ikan selar goreng sambal ni pun gambar lama yg dah lama terperap so tayang jelah untuk mengelakkan dari dapur maya tak berasap! hehehe. 
 Bahan2 :

6 ekor ikan selar saiz kecil
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 sudu besar gula
4 sudu besar air asam jawa
Garam dan pati ikn bilis secukup rasa

Cara2 :

1. Lumurkan ikan dgn serbuk kunyit dan garam, goreng dan ketepikan.
2. Tumis bwg besar dan putih sehingga naik bau, masukkan cili kering.
3. Bila cili kering dan masak/pecah minyak, letakkan pula gula, garam dan pati ikan bilis, kacau sekejab..
4. Masukkan pula air asam jawan dan tumis hingga sambal  pekat, letakkan ikan grg tadi gaul rata2 dan angkat.

Ikan grg sambal ni mas makan dengan terung grg tepung yang tak berapa nak jadi. Mungkin bancuhan tercair so tepung tu tak melekat kat terung. Jangan tanya kenapa tak tambah tepung lagi? so jawapan yg akan mas bg memang artis......NO KOMEN! hahahaha.


Selamat berpuasa dan selamat berbuka!

16 comments:

  1. no komen? kikiki. saja laa tuu.. tapi kalau kene gaya mmg best sangat terung goreng tepung tu mas. sya tak suke celup tepung yg dibancuh. tapi suka buat style kocak sayur yang dah disalut telur ke dalam tepung. serius sedap n garing. hehe.. tak pe boleh try lagi kan. dan ikan itu sangaat la melaparkan perut aiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh mcm tu ye caranya, pasni try buat mcm yg izah kate hihihi

      Delete
  2. kat sini tempura terung sngt sedap... suka makan ngn kicap syoyu. Ikan sambal simple tapi selalu menjadi kesukaan keluarga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat sane mmg terkenal dgn tempura kan...bestnya mesti masa gigit bunyi krup krap kan hehehe memandai je mokcik ni tau

      Delete
  3. Salam ziarah,
    sedapnya lauk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali...
      terima kasih kak gee :)

      Delete
  4. sedapnye...smlm QH masak ikan selar jugak..mula nk disambalkan...tp xjadi...tgu la resepinye nti...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas tunggu ni.....cpt tau hihihihi

      Delete
  5. Assallamualaikkum mas..

    Selamat meneruskan ibadat puasa ye mas.. Terliur lak kak Naz tgk sambal ikan tu.. Banyak lak bawangnya.. Akak suka bawang besar tu... Amat menyelerakan sambal ikan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak naz...

      terima kasih kak, salam ramadhan utk akk juga....ish jgn kak batal pose kang hehehe...

      Delete
  6. Selamat Berpuasa Kak Mas..

    Sedap ikan masak sambal mcm tu..yana suka letak bawang besar byk2..mkn dgn nasi panas2 mmg menyelerakan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yana....

      samalah...bwg tu yg menyedap rasa kan kan kan hehehehehe

      Delete
  7. As'salam Mas

    Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk Mas sekeluarga. Mudah2an kita dapat melakukkan dengan sebaik2nya ya Mas, Insya'Allah

    k.ct kalau dapat lauk macam ni makan dengan lauk bening mahu bertambah nasi tu Mas..hehehe. suka kalau diratah juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak....
      Terima kasih, insyaAllah mudah2an kita sama2 mendapat rahmat drnya....sayur bening sedapnya kak :-)

      Delete
  8. salam mas cygg..
    sedapnya ikan selar sambal tu..ikan selar klu digoreng mcmtupun dh sedap lg la di buh sambal..mabless..he hhee
    nk jwb soalan mas mgnai pic tue..mas guna orignal size jgn guna xl..klu xl pun masih kecik tau..try tau:)

    ReplyDelete
  9. Salam kak mas manis, salam ramadhan buat akak sekeluarga n salam kerinduannn!! rindu kat kita tak? ehehehe... kita rindu sgt dgn sume org tp tak sempat nak berblogging n blogwalking skrg ni atas sebab2 yg tak mengizinkan, mana yg sempat kita update :-) terliur sungguh tgk nasik lemak kat header tuuu, nak2 ada kangkung eeeeeee.... nasib baik kita tgh cuti ehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails