klik klik ok!

Saturday, July 21, 2012

Mentaram/sambal tempeh bulan puasa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa semua, mcm mana sahur pagi tadi? ok ke? makan dgn mata celik ke separuh celik hihihi maklum ler hari pertama sahurkan. Kami ok, makan selera je tp tulah kena makan dlm keadaan senyap dan lampu terang2 manja je, nak borak lebih2 pun tak boleh. Alahai...gara2 nak mengelakkan dari amani terjaga, budak kecik tu telinganya tajam, pantang dgr kerusi kena tarik cpt je toleh sbb dia tahu atas meja ada makanan huhuhuhu.

Kawan2 kalau sahur ada tak makanan wajib buat? asal pose je adalah lauk tu, asal lauk tu poselah tu hahaha ting tong sekejab! Mas kalau tiba ramadhan wajib buat sambal tempeh! orang jawe kate sambal mentaram. Sambal ni penambah selera kami waktu makan sahur. Kalau buat memang tak sikit2, stok sampai utk sebulan pose tapi kekadang tak sampai pun sbb hubby suka meratah tanpa sedar dah tinggal sikit. Eh...bukan ratah waktu siang ye itu sengaja batal pose namanya hihihi.

Rata2 ramai yg dah tahu resepi ni kan, tapi mas nak kongsi juga. Resepi ni dari arwah nenek a.k.a mak mertua mama saya, turun ke mama dan turun pula ke saya.

Bahan2 :
5 bungkus tempeh - hiris nipis
2 genggam ikan bilis
1 genggam kacang tanah
3 biji bwg putih - ketuk
1 1/2 senduk cili kering
1/2 botol sos cili life
4 sudu besar gula
sedikit garam

Cara2 :
1. gorengkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah secara berasingan, ketepikan.
2. dengan minyak yg sama, gorengkan bwg putih hingga naik bau, masukkn cili kering dan tumis hingga cili kering masak/ pecah minyak.
3. masukkan garam dan gula, kaup balikkan seketika, masukkn pula sos cili.
4. masak hingga sos jadi kering sedikit/minyak timbul, masukka pula bahan no 1, kaup balikkan segera supaya sos melekat dengan rata.
5. padamkan api, angkat dan letakkan sambal dalam bekas sementara, biarkan sambal betul2 sejuk barulah disimpan didalam bekas kedap udara. 


Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa

6 comments:

  1. bak sini semangkuk nak ratah lepas berbuka nanti..
    kalau ratah siang hari tu kena tangkap dgn jab. agama nanti...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakn kak tp mkn time buka nnt tau hihihiS

      Delete
  2. sedap makan ngn nasik mahupun diratah begitu saja...nyum2...selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul, mkn dgn nasi sejuk pun sedap....slmt bpuasa utk fnf juga :-)

      Delete
  3. Owhhh... dapat tambah satu kosa kata baru... mentaram! Memang sedap tu kalau ratah-ratah!

    ReplyDelete
  4. salam Mas..
    memang sedap ni Mas makan ngan nasi gitu je pun sodap ni..
    terliur lah pulak ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails