klik klik ok!

Thursday, November 29, 2012

Dugaan Allah SWT

gambar lama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kawan2 apa khabar? diharap semuanya berada didalam keadaan sihat dan sejahtera, maklumlah cuaca yg tdk menentu skrg ini mengundang pelbagai penyakitkan. Kami alhamdulillah sihat dan to be back to normal! cewah wawawa betul ke spekang mak ni?

Alkisahnya begini..hari khamis yg lepas hubby hantar mas n amani pulang ke kg untuk jaga mama yg tak sihat dan kebetulan pula cuti minggu tu my kazen kawin tp rupanya sudah bertukar kepada menjaga Amani beserta pakej berkampung di KPJ Seremban.

Rupenya 2 hari hilang selera makan dan minum walaupun kami sogok dgn makanan peberetnya dia hanya jamah sedikit sahaja tp kami tetap tak ambil serius sbb kami pikir mungkin itu perubahan angin sahaja adalah petanda dia sakit sebenarnya. Kemudian masa sampai kt kg dia demam panas serta kurang sgt makan, minum dan menyusu. Masa tu kami dah panic dan keesokkan paginya hari Jumaat kami bawa dia ke KPJ yg kebetulan hari tu memang dia ada apt dgn doc. Sangkaan kami dia demam biasa tp rupenya dia dh terkena jangkitan kuman kaki, tangan dan mulut! 

Ya Allah, patutlah dia tak ada selera nak makan rupenya dlm mulut dia penuh dgn ulser! nasib baik masih di peringkat awal dan bintik2 di kaki serta tangan masih tdk kelihatan. Bayangkan kalo kami pikir dia cuma demam biasa sahaja dan cuma bg dia ubt demam tanpa rawatan doc...Ya Allah..taknak kami bayangkan!

Nak tak nak amani kena gak tahan sbb kurang makan dan minum takut nnt akan menjadikan badannya lemah. Biarlah doc rawat dengan teliti lg pun umurnya yg baru setahun lebih memang memerlukan rawatan rapi dr doc. 5 hari berkampung di KPJ, 2 1/2 botol air doc masukkan dan rawatan ubat-ubattan akhirnya amani pulih. Alhamdulillah.

Memang penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak2 dibawah umur 5 tahun. Sangat mudah terkena ketika di taman permainan dan kawasan sesak terutamanya supemarket. Dan ia bukanlah penyakit yg serius hingga mengancam nyawa tp ia perlu rawatan yg sgt rapi supaya segera sembuh. Semua pakaian yg sudah dipakai hendaklah direbus, mainan yg sudah di sentuh hendaklah dibasuh atau dilap bersih menggunakan tisu nyah kuman. Sudu, pinggan, mangkuk yakni peralatan dia hendaklah direndam dgn air panas supaya kuman2 yg terlekat sebelum ini mati dan tidak berjangkit kepada kanak2 lain.

Untuk usia amani, bila terkena memang doc akan tahan kerana dia tidak punya antibody yg kuat untuk melawan. Hilang selera makan hanya akan menjadikan dia bertambah lemah untuk melawan maka dengan memasukkan air dlm bdn dpt beri dia tenaga supaya dia kuat dan aktif. Kami juga kena kuat semangat supaya dia juga ikut sama. Dalam hati hanya Allah swt saje yg tahu perasaan kami.

Alhamdulillah skrg dia dh pulih namun masih ada lagi saki baki di kaki dan tangan dan masih lg perlu di kurantinkan dalam rumah selama 5 hari atau sehingga jangkitan itu kering bertukar menjadi warna cokelat.

Kepada yg bertanya khabar amani, terima kasih kami ucapkan..kak nadz terima kasih ye atas doa dan kate semangat hihiii...

Tapi hati kami ada sedikit berbekas apabila ada suara2 yg mengatakan kami seakan mengada-ngada hantar ank ke KPJ, walhal penyakit itu tak serius dan tak perlu sampai kena tahan wad! Percayalah bukan kami nak menunjuk atau sengaja mengelak dari merewang tp kami ikut nasihat doc yg lebih arif dan tahu. Kami hanya mahukan yg terbaik untuk ANAK KAMI. 

Sekian.

11 comments:

  1. allah huakbar, semoga semuanya dalam keadaan baik...harap2 amani dah ok...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Amani dah sihat ye. Semoga akan terus sihat sepenuhnya dengan segera ya.

    Mas, x payah ambil pusing dgn cakap2 org keliling yg bukan membantu at least emosi kita ni.. Yg penting Mas tau Mas buat dan nakkan yg terbaik utk Amani. Sakit pening dalam keluarga kita bukan semua org ambil berat kalau tidak diri kita sendiri.. Just ignore and be patient ya dear..

    Take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..mudah2an kak... thanx ye kak :)

      iye kak, semua ibu mahukan yg tbaik utk anknya kan.. dan kita lbh tahu dari org lain cuma org lain saje yg xnk fhm dgn keadaan kita masa tu..tp xpe setiap pekara itu ada hikmahnya kan kak :)

      Delete
  3. Alamdulillah, syukur sudah pulih kembali. Hati ibu ,manalah tak risau kalau anak sakit, biarlah ketepikan dulu yang lain, yang penting kesihatan dan kesejahteraan anak.

    ReplyDelete
  4. Syukur pada ALLAH Amani dah kembali pulih..semoga cepat sembuh sepenuhnya yea...

    ReplyDelete
  5. salam syg mas,
    smoga amani sihat sptsediakala..kesian bdk2 kecik klu sakit kan,,kita yg dh tua nie pun x thn klu kena demam nie kan plk diorg..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah semuanya slmt..smoga Amani akan sihat spt biase..skrg ni klau sakit mmg kena cpt2 ke klinik xleh nak main agak2 sje..takut lain pulak ceritanya kan..

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah semuanyer ok ye !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails