klik klik ok!

Monday, December 17, 2012

Gulai daging salai campur Manggga muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam hari isnin buat teman-teman yg bekerja, selamat bertugas kembali. Buat teman2 yg suri rumah juga selamat bertugas ye...lakukan kerja kalian dgn seikhlas hati. Mudah-mudahan segala urusan kita hari ini dipermudahkan...amin.
Alhamdulillah kami dah ok dari demam tapi masih ada lagi saki baki batuk dan selsema. Tak sbr nak pulih sepenuhnya, back to be normal. Sayangnya vairus itu sudah menular to my hubby plak. Kesian hubby, kami dh mula ok, dia plak yg tak ok. Uhuk..uhuk..srob..srob..siang malam. Betullah penyakit itu kalau datang mcm ribut kalau pergi mcm siput huhuuu.

Tutup pasal sakit. Semalam hari ahad mas masak gulai daging salai campur mangga muda. Sedapnya melayan tekak yang sebelum ini tak ada deria selera hehee. Rasa manis daging yg dibakar, pedas lemak dan masam dari mangga betul2 membangkit selera. Tambahkan lagi dengan sayur kangkong goreng......sedap betul! Tapikan daging tu mas tak salai atas bara, just panggang dlm oven so kurang sikit ler nikmatnya kannnn...

Syoknya...kalau kat kampung boleh mkn daging salai yang pure atas bara. Bau bara asap arang/kayu api yg melekat pada daging itulah menjadikan bau gulai tu nnt tersangatlah harum. Sayangnya duduk bandar tak dpt nak rasa semua tu makanya panggang dlm oven jelah ye hui..hui..huiii.

Resepi : Daging Salai campur Mangga muda
Olahan : mrs sunnies home

Bahan-bahan :-

Daging salai secukupnya - hiris
Santan kotak M&S - saiz kecil
15 tangkai cili padi - tumbuk lumat
1 inci kunyit - hidup tumbuk lumat
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
1 biji mangga muda - hiris
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Dalam periuk satukan daging salai, asam keping, serai dan bahan tumbuk. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan air paras daging dan masak hingga mendidih. Masukkan mangga, biarkan seketika.
3. Masukkan pula santan, sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. 
4. Bila mangga dah empuk dan santan dah masak serta rasanya sudah cukup memuaskan maka padam ler api tu.

nota mas : mas bakar daging dlm oven selama 40mnt suhu 200c. Semasa membakar balikkan daging selepas 20mnt supaya daging masak sempurna. bila daging dh sejuk baru hiris sederhana nipis.


Sedang menghitung hari...tak sabarnyaaaa nk berholiday..fly..fly...yeppi!

7 comments:

  1. Berselera sekali nampak gulai daging salai ni Mas... mahunya tambah 2-3 senduk nasi lagi ni!

    ReplyDelete
  2. semalam akak balik kampung , akak beli ayam salai.
    akak mmg suka segala macam salai...memang sedap

    ReplyDelete
  3. Mak ai...terasa kesedapan gulai yg Mas masak.ni.Terasa lapar la pulak.Mana nk cari nasik mlm mlm ni...

    ReplyDelete
  4. Salam kak mas.. tun x makan daging, tp nmpk mangga tu terus kecur.. hihi..

    ReplyDelete
  5. salam kenal....
    singgah dan follow...jom singgah blog yan pula....
    sedapnya masak lemak daging mangga belum pernah rasa lagi tentu sedap kan...?

    ReplyDelete
  6. salam mas
    akk klu daging nie mmg laju jew..x kesahlah masak apa..mmg fav..dh lama x masak daging la..kecurr..
    p/s..kotak tue akk beli dh berzaman rasanya..tempat akk simpan butang..h ehhee ..murah jew time tue 4 ringgit x salah..beli kt kedai org jual2 hadiah..try mas cari mmg byk kot.

    ReplyDelete
  7. tq share biasa buat tapi x pernah cuba dgn mangga muda

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails