klik klik ok!

Monday, November 1, 2010

Ukur baju di badan sendiri

Emm.... malam tadi tidur ku lena tapi mimpu ku tak indah! bangun pagi terus rasa berdebar-debar... anggaplah mimpi itu hanya mainan tidor.....


Sebenarya aku bukan nak cerita pasal mimpi tapi pasal perihal sesetengah orang yang suka berkata-berkata hingga tidak sedar kata2nya itu akan memakan diri sendiri! paling tidak pun akan mengkantoikan dirinya tu... hihihihi... 
Aku sendiri bukan manusia yang sempurna tapi cuba menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan semua orang. Berpijak di bumi yang nyata dan sedar akan kekurangan diri.....


Di mulakan cerita.... pada pendapat aku, tiada salahnya kalau kita suka berterus terang, sebab ia memang bagus untuk satu hubungan yang kekal berpanjangan tetapi nak berterus terang itu biarlah dengan orang yang betul-betul kita kenal. Yakni orang yang memang dah kita tahu hati budinya, orang yang memang akan simpan rapi rahsia kita, walau suatu hari nanti ditakdirkan kita sudah tidak berkawan dengannya lagi....
Kenapa aku kate ukur baju di badan sendiri? macam ni... ini bukan nak menghina, memburukkan, jauh sekali nak mengaibkan... ini juga sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.... Kita wanita, memang tidak dinafikan ramah tamah, suka berkawan dengan ramai orang tetapi sedarkah kita kadang kala keramahan kita itu, boleh mengaibkan diri kita sendiri? sebagai contoh.... apabila bergaul dengan orang kaya maka kita pun akan ikut kaya macam mereka, hakikatnya kita tak mampu sbrnya, apabila bergaul dengan orang yang suka bergaya maka kita pun akan ikut gaya macam mereka supaya kita nampak sama taraf dgn mereka, apabila dia meluahkan perasaan maka kita pun akan ikut juga, dengan tujuan untuk menarik perhatian. Tapi sayang.... luahan itu hanya menampakkan kebodohan diri sendiri! yang tak boleh tahan tu, apabila mereka ada, maka kita pun kate ada tapi lebih bagus dari dia punya! walhal tak ada pun.... hinggalah sampai satu tahap akhirnya pengantoian (ayat baru ni hehehe) pun terjadi....


Aku seringkali mengingatkan diri, jangan sesekali burukkan suami didepan orang lain. Terutama bab kelambu dan nafkah zahir! Menceritakan pengalaman pada mereka yg memerlukan nasihat itu beza tp membuka pekung rumah tangga itu bahaya! Memburukkan suami sama sekali kita tidak bersyukur dengan pemberian Allah swt kerana suami adalah pilihan terbaik dari Allah swt untuk hambanya.... tak kesahlah, sama ada suami itu hensem atau pun tidak, kaya atau pun tidak, bijak atau pun tidak, baik atau pun tidak, itu semua sudah Allah swt tentukan setiap manusia ada pasangannya yang sesuai sangat untuk dirinya... kalau baik dengan orang tua, maka Insya Allah, Allah swt akan temukan kita jodoh yang baik, tapi kalau buruk kita maka buruklah pasangan kita (contoh sahaja ye... jgn di ambil hati pula) cuma masih ada yang beruntung, walau masa mudanya tidaklah sebaik mana tapi Allah swt berikan dia pasangan yang baik supaya boleh membimbingnya ke jalan yang benar..... nampak tak? semuanya ada sebab dan musabab kenapa dia menjadi pasangan kita.... 


MAKA.... janganlah kita sesekali tidak mensyukurinya, walau sehari cuma dapat makan sekali sahaje tapi sekurang-kurangnya kita dapat makan kan... paham tak maksud aku ni? Bila suami kita tak mampu memberi apa yang kita inginkan, janganlah kita melatah... terus je cop dia tidak bertanggugjawab, cuma gara-gara kita melihat orang lain lebih mampu dari kita, maka kita terus cari alasan menyalahkan suami sbb tak mampu menyediakan semua tu! Contoh... sedarkah Si A masa bercinta dengan si B dulu? Si A sudah tahu risiko yang akan berlaku apabila berkahwin dengannya... yakni hidup memang tidak boleh mewah mana sebab si B bukanlah orang senang... tapi si A ni tak kisah! cinta punya pasal, takpe makan nasi kosong pun sanggup! Bila dah kawin, lain pula jadinya, selepas si A berkawan dengan orang-orang yang senang terus si A rasa menyesal atas kesilapan memilih si B.... lantas dia memburukkan si B didepan orang yang dia baru kenal dengan tujuan meraih simpati.... tak baguskan sikap macam tu? 
Sebenarnya aku ramai di kelilingi dengan orang yang bersikap begitu! aku selalu tertanya kenapa ye buat suami macam tu? yelah aku dan suami dulu pun bukannya senang... kalau ada, kami kate ada, kalau tidak, kami kate tidak! malah kami sendiri pernah kena perli, kena gelak, kena ejek, bila kami berterus terang kate kami tak cukup duit nak buat belanja raya. Igt lagi ada hamba Allah tu, berkate kepada kami "aik kerja dengan compony besar takkan duit bonus pun tak ada? tak percayalah aku, kau ni tak ada duit!" dan seorang lagi hamba Allah berkate "belajar tinggi, kerja berpangkat, anak tak ada... tak kan duit pun takde?" tahukah mereka masalah yang sedang kami alami masa tu? bebanan yang kami tanggung masa tu??? tak tahukan... sbb kami tak pernah nak cerita, baru cakap, kami tak ada duit terus kena hina apatah lagi kalau kami ceritakan masalah kami masa tu? ntah ape lagi kate2 sinis mereka agaknya kan.... atas sebab kate2 itulah kami tak pernah putus asa! akhirnya rezeki memihak kepada kami... walau tidak kaya tp cukuplah dengan rezeki yg Allah berikan... sebab itu kami sering ingtkan diri sendiri, senang atau pun susah jangan cerita kat orang... kalau ada yg minta nasihat tak ape ceritakan sikit pengalaman kita dengan tujuaan untuk berikan mereka kate2 semangat.....


So pengajarannya.... bila mula berkawan adalah lebih baik berterus terang atas kekurangan dan kemampuan diri dari berterus terang selepas dah terkantoi.... kalau mampu kate mampu kalau tidak kate tidak! hati kita senang, orang pun selesa nak kawan.... tak mengapa kalau ada yang menghina atau mengejek, yang penting jadikan kate2 itu sebagai semangat untuk kita berjaya suatu hari nanti... Yang PALING PENTING jangan kita malu dengan kekurangan suami kerna dia lah syurga kita... jangan kita malu rumah kita buruk kerana itulah lambang bahagia kita, jangan kita malu tak punya wang kerna itulah kita......


Mood: teringat masa lalu... peritnya nak mulakan hidup baru tapi itulah kenangan terindah yg tidak mungkin aku lupakan......

2 comments:

  1. salam kak...biasalah tu..mulut org memang x lbeh tutup..mmg de sesetengah org suka bukak pekung di dada sendri..konon nak raih simpati..padahal kita yg dgr ni naik meluat tgk perangai cam tu...mulut x de insurans mmg mcm tu..

    ReplyDelete
  2. sekali dgr bolehlah kesian bila dh berkali-kali jadi menci kan kan kan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails