klik klik ok!

Wednesday, February 15, 2012

Ayam Masak Merah dari 1 Hari 1 Resepi

Assalammualaikum salam sejahtera kepada semua umat di dunia lalalalalala... Selamat sore kawan2, dah makan ke? masak apa hari nie? ayam? ikan? daging? or beli kat luar je? amboiiiii kau kiah propa kemain lagi buzy body ye. Sibuk tanya org, dapur awak tu berasap ke tidak? hehehe ofkoslah, berkepul-kepul asap keluar dr dapur i tau. 

Di hari yg indah seindah suria walaupun telah diserang virus selsema + pening kepala tapi ketuk2 kat dapur tetap dijalankan dgn sempurna. Alhamdulillah dalam dapur mas termasak sudah mee kari yang cukup simple, ringkas dan sudah pun selamat kenyang dlm perut kami hihihihihi...apa punya ayat lah mas guna kan? korang buat2 phm jelah.


Ok, tolong jangan konfiuskan diri anda, td mas kate mas masak mee kari tapi kenapa pulak dlm n3 mas tayang ayam masak merah? hehehe...meh mas terangkan. Memang ye tak tipu punya, hari nie mas masak mee kari tapi mas malas sangat nak nak snap gambar. Malas nk set meja, nak susun itu ini pastu nak snap satu2 (hahaha poyo sungguh makcik ni tau, mcm cantik je picas yg dia amik). Lagi pun mee kari mas resepi yg sama je mcm dlm n3 mee sebelum ni. Teringin juga nak try resepi mee kari yg lain tapi memandang ada bahan yg kami laki bini alah so tak jadi nk try huhuhu....


Dah panjang sangat mas ceceh pasal mee kari kan? kita stop dan berbalik semula dgn agenda utama. Tau tak dalam muka buku heboh dah sane sini dok cerite pasal buku 1 hari 1 resepi dari Chef Hanieliza. Buku masakkan yg paling terlaris di pasaran! Rata2 sesapa yg dh beli buku tu, mesti puji kata best sangat dan tak rugi membelinya. Mas bila dah ramai sgt yg kate best, apa lagi mencari ler buku tu di MPH tapi tak jumpa, hampa sungguh! Rupa-rupanya buku tu ada kat POPULAR sahaja. Bila dah dapat, wahhhhh kemain happy makcik ni tau. Senyum lebar saja!


Ye percayalah, mmg best! mcm2 resepi ada dlm buku tu. Dari lauk pauk sampailah ke pencuci mulut semuanya ada! Pendek kate kalau kita hari2 dok pikir nak masak apa, so lepas ni tak payah pikir2 lg dah. Hari2 boleh cuba resepi baru. Resepi pertama yg mas try ialah ayam masak merah. Incik hubby suka ayam masak merah, bila cuba resepi ni ternyata mmg tidak menghampakan. Sedap!




Bahan A
1 ekor ayam - mas guna 1/2 ekor
1 labu bawang besar - di potong gelang
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk Kunyit


Bahan B (Dikisar)
15 tangkai cili kering
2 inci halia
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji tomato - mas buh 2 biji 


Cara-cara :-
Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan B hingga garing.
Masukkan ayam yg sudah digoreng, sos tomato, bawang besar, garam dan gula *mas tambahkan sedikit kicap manis dan sedikit air supaya berkuah sedikit
Gaulkan sehingga sebati dan rata.
Hidangkan dalam pinggan.

2 comments:

  1. semalam akak ambik resepi terung tu, hari ni dah buat..sedap..
    tapi sbb batuk dan selsema terus keluar balik apa yg di makan

    ReplyDelete
  2. Kasihibu
    Lah kesiannya...skrg ni dh musim batuk n selsema blk kn?
    Apa2 pun thanx sudi try resepi sy ye :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails