klik klik ok!

Tuesday, November 13, 2012

Banana Bread

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy Deepavali!
Selamat bercuti dan bersukaria ye.

Terima kasih kpd semua jiran tetangga yg sentiasa sudi menyinggah disini. Kepada jiran baru Selamat Datang dan jgn jemu singgah tau.
Sempena cuti depavali ni apa kata kita makan roti pisang yg sgt mudah penyediaannya. Tak perlu nak timbang dan putar2 guna mesin, bahan2 pun sgt senang yg penting pisang harus ada la kan. Roti pisang ni mas dh buat 2 kali cuma kali ke 2, kek tak berapa menjadi pula, hummm mungkin mas terlebih letak coklat rice kot huhuuuu tulah sape suruh kan :(
Nampak gayanya hari ni mungkin mas tak boleh bw la, kami ada byk urusan di luar. Mungkin malam2 sikit baru mas dtg jejalan ye jiran2. Selamat beristirehat bersama family ok. Muahhhhh!

Resepi ni mas ambil dari dapur Kak Marshita Yahya yg dapurnya sentiasa ada resepi kek pisang yg mudah2 saje. Terima kasih kepada kak marshita yg sudi share resepi dan izinkn saya coppy n paste disini pula ye.

Resepi : Mindysdeli
Sumber : Kak Marshita Yahya

Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
Secubit garam
1/4 cwn margerine -- dicairkan
1 cwn gula perang
1 cwn susu penuh krim
1 cwn pisang yang telah dilecek
1 cwn raisin
1 cwn chocolate chips

1 sk essen vanila - mas tambah

Cara:

Panaskan oven 180 Celcius (@ ikut kesesuaian oven anda, saya panaskan pada 140 Celcius). 

Lecekkan pisang dan campurkan baking soda. Ketepikan. Dalam mangkuk lain campurkan tepung, baking powder, gula serta garam.

Campurkan margerin dan susu ke dalam campuran pisang tadi dan kacau rata. Masukkan campuran tepung dan kacau sebati. Asingkan secukupnya chocolate chip dan raisin untuk hiasan dan selebihnya masukkan ke dalam adunan dan gaul rata. Hiaskan atas adunan dengan chocolate chip dan raisin yang telag diasingkan tadi.

Tuang ke dalam tin pembakar roti dan bakar untuk 45 minit. Kurangkan suhu ke 150C dan terus bakar hingga 15 minit atau sehingga roti masak. (Saya kurangkan ke 120 C dan terus bakar selama 10 minit saja).


Keluarkan roti dari oven dan sejukkan sebelum dipindahkan ke atas redai. Bolehlah dipotong selepas 2-3 jam.


12 comments:

  1. Salam Mas...walla sedap nampak Banana Bread tu..TQ sebab sudi menerai resepi yang akak share di blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak...
      hihihi memang sedap! sama2 kak...thanx kak sbb share resepi yg sedap ni ye :)

      Delete
  2. Happy Deepavali Mas.. ingatkan ada kuih maruku he he he ehh (gurau aje), harum aroma banana bread tu, sedap buat minum petang, sembang2 dengan rakan sambil hirup minuman panas... adeeehhhh!

    ReplyDelete
  3. Salam kenal mas...
    aduh mewah sgt tgk rotinya...mmg teruja nak try buat :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali kak :)
      terima kasih...try la kak...sedap tau hihihi

      Delete
  4. salam kak mas.. tun suka makan apa2 yg berpisang.. biasa wat kek pisang, kali nk pisang jd roti ye. tp nmpk adunan dia mcm wat kek pisang jugak. rasa mcm kek pisang ye kak. tambah pulak bercekelat, sure lg sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tun...
      samalah kita sbb kek pisang senang penyediaannya kan?
      rasanya memang mcm kek pisang cuma dia lbh padat agaknya tu sbb dipanggil roti pisang kot :)

      Delete
  5. assalam Mas
    emmm nampak gaya kena jg akak menerai nanti he he
    nampak sgt sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama sara nur...
      harus try sbb memang sedap! buh cokelat lebih2 lg best hehehe...

      Delete
  6. Assallamualaikum Mas..

    sibuk menjahit ke masss???? Hehehee... ada ke tanya pasal menjahit kat blog masak2 kan..heheheee...Menu yg ada pisang2 cam ni, mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak...

      ahhah...x start menjahit lg kak, mode x mari lepas cuti panjang huhuhu....
      skrg mode membaking kemain naik sampi incik hubby kate tutup oven dulu ye hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails