klik klik ok!

Wednesday, August 27, 2014

Bubur Ayam

Assalamualaikum. Salam petang semua. Dah makan ke? Masak apa hari ni? Kalau dah kenyang.. alhamdulillah.

Dah 2 hari ni amani jemu makan nasi. Dah 2 hari berturut juga dia mintak me masakkan bubur nasi. Alhamdulillah senang kerja den. Hikhikhik. Kegemaran dia bubur nasi campur ayam. Peberet sungguh. Bubuh lah banyak mana dlm mangkuk tu, pasti laju dia habiskan!

Resepi : Bubur Ayam

Bahan-bahan :-
1 genggam beras - basuh bersih dan toskan
1/2 mangkuk kecil daging ayam yg sudah dipotong dadu kecil2.
1 ulas bwg putih - hiris
Sedikit carrot dan kentang - potong dadu
Sedikit garam dan kiub pati ayam
7-8 helai daun bayam - hiris
Bawang goreng secukup nya
Air secukupnya

Cara-cara :-
* dalam periuk yg sesuai, letakkan sedikit minyak untuk menumis.
* tumis bawang putih hingga naik bau.
* masukkan daging ayam, carrot dan kentang, tumis hingga ayam sedikit masak, masukkan beras, kacau sekejab.
* masukkan air secukupnya (nama pun bubur.. air kena la byk) , garam, sedikit kiub pati ayam dan sedikit bawang goreng.
* biar sampai mendidih, sesekali kacau.
* masak sampai beras kembang dan masak.
* terlalu pekat tambahkan lagi air, kurang masin tambah lagi garam.
* akhir sekali masukkan bayam dan bawang goreng lagi, biar sekejab dan boleh la padamkan api. Siap!

6 comments:

  1. nampak simple.. tp bila makan mahu bertambah..:)

    ReplyDelete
  2. Amani suka makan bubur ye... mesti makin comellll... mintak sikit bubur ye Amani sayaaangg... sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka kak..., tp tak boleh gak buat selalu nnt jemu plak hehehe. Skrg makin byk mulut kak.. ada je cakapnye. Hehehe.

      Delete
  3. Saya suka makan bubur ayam...tadi pun tetiba keluar pi kdi mencari bubur...hihihi...sedap tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails