klik klik ok!

Wednesday, February 9, 2011

Blog problem?

As Salam.... Nak tanya korang ada masalah nak buat n3 baru tak??? ke aku je yang bermasalah? 


Macam nie... yang sebenarnya aku nak upload resepi lagi... yelah mood nak share ni tengah membuak-buak... tak boleh nak tahan lagi dah! Al maklum ler... 3 bulan sebelum ni aku memang malas semalas malasnya!!! bukan sesaje malas ye... tapi MALAS sebab PEMBAWAKKAN. Paham-paham sudey....


Sekarang bila itu mood sudah mariiiii.... blog spoikan plakkkkkk! Haiyakkkk ape kes dengan MOZILLA ni ye? 
2,3 hari sebelum nie aku tak boleh nak post komen orang lain, ingatkan aku saje yang tak boleh rupenya orang lain pun sama gak. 


SEKARANG masalah lain laks! Bila aku dah siap update n3... chek kat preview, tulisan dah tunggang terbalik lak. Jarak antara perenggan tertalu jauh... puas dah betulkan tapi sama je.... Huh fedup sudah!


Mood : Sabar jelah!

Pizza Roti

As Salam eberibodi.... aku sekarang ini masih lagi dalam mood nak share resepi! hihihi... kali ini resepi simple jeeee... layankan aje K!
Gambar kurenggg menarik ler.....

Bahan-bahan:-
Roti Hot Dog - potong setengah (nak guna roti keping pun boleh)
Keju Mozarella - diparut secukupnya (nak guna kepingan keju Chesdale pun boleh)
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji lada capsium - potong dadu
1 ulas bawang besar - hiris nipis
4-5 ketul cendawan butang - hiris nipis
Sosej - terpulang nak banyak mana
Sedikik serbuk oregano
Sos spaghetti
Sedikit minyak zaiton untuk menumis

*Grilkan sosej terlebih dahulu dengan sedikit minyak zaiton dan sedikit serbuk oregano. Selepas itu potong memanjang dan nipis*
*Grilkan pula buah tomato, lada capsium,bawang besar dan cendawan dengan sedikit minyak zaiton. Masukkan sedikit garam,serbuk oregano dan sedikit serbuk lada hitam. Grilkan smpi semua bahan layu*


Cara-cara:-
- Sapukan rata sos spaghetti di atas roti
- Taburkan sedikit serbuk oregano
- Susunkan sosej dan sayuran 
- Taburkan keju parut secukupnya (menutupi semua bahan)
- Bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 10 minit (api atas dan bawah) atau sehingga keju cair dan berwarna keperangan.


Mood : Tercari-cari pic makanan yang belum sempat aku upload dalam blog. Mana perginya ye? terdelete ke??? haiyokkkk!!!

Tuesday, February 8, 2011

Kosong lagi!

Malam semalam lepas makan kat IKEA... hati tergerak nak cari sayur dan roti. Kat rumah dah kehabisan stok sayur sayuran. So di pendekkan cerita kami pun bergerak ke JUSCO sebabnya kami cukup suka beli sayuran organik, cuma kat JUSCO je sayur organik dia cantik dan lagi satu sayur organik ni boleh tahan lama dalam frez... 


Dalam kepala ni dah terbayang-bayang sayur apa yang bakal di beli... kobis, sawi cina, kacang buncis, carrot dan macam-macam lagi la... 
TAPI.... sampai je kat ruangan rak sayuran organik mata aku terjengil sekejab... hah sayur HABIS! rak KOSONG!!! yang tinggal cuma sayur yang dah hampir layu je... alahai... nape jadi gitu seh? 


Aku tengok plak kat bahagian rak sayur yang biasa je... pun sama gak! yang adooo sayur layu jeeee.... Huh! menuju pula ke bahagian rak roti... aduhhhh sama gak! tapi lagi PARAH! satu jenis roti pun tak ada! KOSONG LICIN! haiyo... haiyo.... betullah kate orang kalau nak dekat CNY kena simpan stok makanan banyak-banyak sebab nanti bila dah cuti CNY semua barang tak ada walaupun dah 5 hari berlalu! betullah tuuuu.... 


Kecewa gak tapi what to do? ummm... beli jelah apo yang ado... Jadi malam tu kami cuma beli sikit buah-buahan (buah yang ada pun banyak dah lebam-lebam), dengan air soya jeeee... jadilah dari balik tangan kosong je kan?


Mood : nasib baik kedai runcit ada jual taugeh ngan daun kuchai... kalau tak kempunan nak masak kueh teow goreng hihihi....

Monday, February 7, 2011

Ketam!

As Salam everybody... Dah lama rasaya aku tak masukkan resepi dlm blog nie... asyik2 cite pasal preggy je kan? hihihihi... dah macam blog mak2 pun ye gak rasanya ni.... 
Oklah now aku nak tunjukkan resepi yg aku masak sebelum aku mabuk teruk 3 bulan dulu! 3 bulan??? wahhhh mmg lama betul aku tak masak ni kikikiki.....
Ketam Goreng Cili
Bahan-Bahan
2 ekor ketam (potong 2)
3 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar merah
1/2 sudu besar cili kering
1  ulas bwg besar ( potong kasar)
sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit kicap manis
sedikit garam
3-4 tangkai daun sup (sebagai hiasan)
2 helai daun limau purut (koyakkan)

*Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan cili besar. Kemudian gaulkan bersama dengan cili kering*
*Gorengkn ketam dan ketepikan*

Cara masak   :-
-Tumiskan bahan tumbuk hingga pecah minyak
- Masukkan semua bahan sos, kicap, bawang besar, daun limau purut dan sedikit garam. Tumiskan hingga semua bahan sebati.
- Masukkan pula air asam jawa dan tumiskan lagi hingga kuah menjadi sedikit pekat
- Akhir sekali masukkan ketam. Gaul rata ketam sampai semua sebati dan sos menjadi sedikit kering. Hiaskan dengan daun sup.

Mood : dah boleh masuk ke dapur semula... hoyey......

Wednesday, February 2, 2011

Akhlak Suami Terhadap Isteri Yang Hamil

Gambar Hiasan 

Semalam aku ada beli buku tentang Panduan Ibu Mengandung dan Adab Menyambut bayi. Ummm... banyak ilmu yang berguna dalam tu terutama untuk panduan ibu-ibu yang pertama kali mengandung. Jadi sekarang nie aku nak kongsi sedikit petikan yang ada tu ye....

AKHLAK SUAMI TERHADAP ISTERI YANG HAMIL
Sebagai seorang suami, kaum lelaki mestilah mempunyai akhlak yang baik dan seterusnya memperlakukannya dengan baik terhadap isteri, tambahan pula dalam keadaan isteri yang hamil. Suami hendaknya janganlah mengambil sikap sambil lewa dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Di bawah ini dinyatakan beberapa pekara yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap isterinya, antara lain:

a. Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang terhadap isterinya sebagai  teman hidup yang paling hampir dengannya.

b. Sentiasa berlaku jujur terhadap isteri dan jangan sekali sekala bersikap kejam terhadapnya.

c. Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya sekalipun dalam keadaan marah, apabila dalam keadaan marah sekalipun hendaklah kawal diri sebaik baiknya, tenangkan diri banyak beristigfar, berselawat dan berwuduk dan juga ingatkan kembali kenangan manis dan jasa isteri terhadap kita selama ini.

d. Janganlah mudah mengeluarkan perkataan "TALAK" dalam keadaan isteri hamil kerana boleh menyebabkan emosinya terganggu sekaligus kandungannya juga terganggu.

e. Jauhilah daripada merendahkan-rendahkan isteri di hadapan orang lain, sebaliknya hendaklah sentiasa menyenangkan hatinya.

f. Hargailah dan berikanlah pujian di atas segala pemberian dan pengorbanan isteri.

g. Bantulah isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan kerja memasak,membasuh pakaian dan sebagainya.

h. Cuba fahami keadaan dan masalah si isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.

i. Berilah semangat dan perangsang kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar dia bertambah semangat. Tenangkan hatinya selalu apabila mengalami kesusahan dan kesulitan.

j. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

Ahah... para suami mulai dari sekarang gunakan tips ini untuk kebahagian isteri ye.... hihihihi.... Ok lepas ni aku bagi petikan Akhlak Isteri Terhadap Suami Ketika Hamil plak.... Adil dan saksama kan? kang si suami merajuk lak hehehe....

mood: membaca bagus untuk kandungan... motif jom kita baca buku! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails