klik klik ok!

Friday, November 9, 2012

Crepe Durian.............sedap!!!

Assalamualaikum, slm sejahtera dan salam jumaat. 
Jom kwn2 kita basahkn lidah dgn zikir2 yg indah. Banyak nikmatnya tau...InsyaAllah.

Begini ceritanya, bila org lain dok tayang crepe dorian yg gemux2 dlm fb dan blog...hamboiii kita kat sini punya la sentap! kemain lagi korang ye...saje lah tu kannn. Tak nak ketinggalan, kita pun gigih nak buat juga walaupuuun...gitu le ropenya.

Ada bau tak? haruuuuum...sedap betul!
Beriya-riya org tu menggoogle resepi yg paling senang. Yes! jumpa siap dgn tutorial lagi! Lopeh tu kami cari ler dorian...jumpa! Beli saiz yg kecik je sbb isi perut tak ramai. Misi diteruskan, incik suami pun kopek ler durian tu dgn amaran keras dari bini tcinta JGN MAKAN! kejam kan? Kami ni hantu durian karang tak jadi crape plak huhuuu.
Kopek durian siap! Sediakan bahan2 pula, molek je nak mula tetiba nenong..nenong..susu..susu! Alamak amani bagi isyarat la. So tunda ke esok..dah esok..tunda lagi esok! Isi durian dari penuh 1 tuppaware tinggal la cukup2 makan! ni yg mokcik menci, lagi lama tangguh lagi la tak jadi crepe! Akhirnya nekad pukul 9.00 mlm tu juga mas buat. Gedebak gedebuk siap 10 ketul. 
Yeppi!!! sorak..sorak...horey!

Dah horey2, time nak ambil gambar plak bermasalah. Akhirnya 2 hari lepas tu baru la berjaya. Time ni dah tak comel, lebam sane sini, hilang dah gemux, jadi la bantal leper huhuhu.

Sumber : Cahaya cinta ku

Bahan-bahan Crepe :-

50gm tepung gandum
1 penutup essen vanila
sedikit pewarna kuning
1 sb tepung ubi kayu
1/2 sb tepung jagung - mas tambah
1 biji telor
3 sk butter
160ml air
40ml susu segar
2 sb gula halus

Bahan-bahan inti :-
150ml non-dry whiping cream-pukul kental sampai bertanduk
isi durian secukupnya


Cara-cara utk kulit crepe :-

1. Dalam bekas campurkan tepung gandum dan tepung ubi (sila ayak dulu ye tepung2 tu), masukkan sekali gula halus.

2. Kemudian masukkan susu cair/susu segar, kacau sebati menggunakan whisker.

3. Lepas tu masukkan telor (kocok lbh kurang dulu), gaul lagi.

4. Masukkan essen vanilla, air, butter cair dan gaul lagi.

5. Masukkan sedikit pewarna, gaul sebati lagi dan akhir sekali tapiskan adunan. Siap!

6. Panaskan kuali non-stik dgn api yg kecil, tuang sesenduk kecil, dgn menggunakan bontot senduk bulatkn adunan yg tdk terlalu nipis dan tdk terlalu tebal.

7. Masakkan bhg bawah saja sampai kering.

8. Ambil sesudu krim, letakkan di atas kulit crepe yg bhg kering di atas kemudian letak isi durian, tutupkan lg dgn sesudu kecil krim.

9. Lipat kulit crepe kiri dan kanan, bentuk mcm sebiji bantal. Jgn tarik kuat takut terkoyak kulitnya.

10. Simpan dlm peti ais dulu selama 2-3jam. Sedap dimakan semasa sejuk!

Thursday, November 8, 2012

Ikan selar masak Kicap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi korang...today my dapur tayang lauk om bujang jeee.. Org yg malas memang gitu ler kejadiannya. Cop! bukan malas tp rajinnnnnn heheeee...

Bila lauk dah ala bujang maka gambar pun ala kadar la kan... perut dah lapar lorrr... Agak2 cantik je gambar tu terus kemas, hidang atas meja dan bedalllllll... hihiii.

Bahan-bahan

2 ekor ikan selar - goreng dulu
1 biji bawang putih - racik
2 biji bwg besar - racik
sedikit halia - ketuk
sedikit serbuk lada hitam/putih
1 sb sos cili*
1 sb sos tomato*
1 sb sos tiram*
1/2 sb kicap pekat*
1/2 sb kicap cair*
4 sb kicap manis*
1 sb jus lemon*
1/2 gelas air
sedikit garam


Cara-cara

1. Satukan semua bhn bertanda *, ketepikan.
2. Tumis bwg putih, halia dan bwg besar hingga naik bau, masukkan lada hitam, kacau sekejab.
3. Masukkan bhn no 1, kacau lagi dan masukkan pula air.
4. Bila dah mendidih perasan dgn sedikit garam, kacau lagi. Biar sampai kuah jadi sedikit pekat, padamkan api.
5. Lalu curahkan ke atas ikan goreng td, siap!

Wednesday, November 7, 2012

Rama-rama dgn kupu-kupu sama kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi korang...see my klik-klik! cantik tak? ini hasil dari jari keras mas tau. Original from my hand wokey hihihi.

Today kita story pasal rama-rama ye. Chop! rama-rama dengan kupu-kupu sama tak? sama tapi tak serupa or sama tp nama lain? errrr...eh..ntah la huhuuu.
 Semua picas ni mas snap masa pergi ke Taman Rama-rama di KL tempoh hariiiiiii. Lama dah tu kan hehee..kami saja bwk amani jalan2 kat situ supaya dia blh kenal dgn pelbagai serangga dan haiwan selain dari ayam, kucing, lembu, kambing, semut dan burung. Hahahaha kecian ank den kan? Tapi...osah botol lah ank den ni...takdo perasaan sungguh! Riak muka lansung tak teruja! rama2 depan mata pun dia buat dek je. 
masalah..masalah...

Sama kes masa kami bwk dia pergi zoo Melaka sebelum ni, alahaiiii.. kami pula yang naik tensi! Ada sekor kuda padi tu kemain comel hulur kepala celah pagar kandang betul2 mengadap muka amani (ummi n walid excited sungguh ni) amani buat tak nampak je. Dia lebih tertarik tgk budak yg terkinja-kinja jerit mcm ni hah "mumy..mumy...horse! horse!". Kami pun "amani... horse look at you la, cute kan?" no respond! Huh!!!!
 So memandangkan amani sungguh tdk merasakan rama2 itu comel maka mas sajelah yg over teruja tgk menatang tu berterbangan sane sani sambil snap ala2 pro gituuuuuw.

Beriya-riya mokcik ni terjengkit-jengkit, tertonggeng-tonggeng...hah tertonggeng? tak..tak...hihihi, kekonon nak dptkn pose yg menarik! Tak pedulik org pandang yg penting mokcik punya suka la kan nge..ngeeee...


Dan itu ler hasilnya...cantik tak? boleh la kannnnn...
Taman ni tak seperti yg kami bayangkan pun. Igtkan byk la rama2 dari pelbagai jenis terbang sane sini. Lepas tu boleh pegang2, tak pun kerumun kat kami ramai2 tp alahai...malas la cite. Sekeliling taman tu pun nampak sgt suram...tak cantik la.
 What to do? boleh la dari tak ado kan... 
I tell u kan? tgk la muka dak comel tu...sabar je tau!

Tuesday, November 6, 2012

Ayam kampung masak lomak cili api dgn daun cekur!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi kawan2...sht ke? dah bekpes? makan apa? masak apa hari ni? Hah...apa? belum makan..tak tahu nak masak apa?  Ahhah..elok sgt la tu...meh sini intai dapur mas ada lauk best tau! Cewahhhh..wah..wah..kan hihiiii.
Dont play2 arrr... ayam kampung masak gulai cili berapi dgn daun cekur lagi tau! hehehe. Sgt syok mkn dgn nasi panas berulamkan daun pegaga so heaven! Masa makan ada org tu langsung tak toleh org sebelah, kusyuk meratah tulang ayam! mokcik la tu kan. 
Ayam kampung ni mas beli kat pasaraya jusco 1U, saiznya sangat berpatutan dgn isi rumah kami yakni 2 saiz perut je hihihi. Ayam kampung ni sedapnya kena salai dulu so kat pasaraya tentu2 takde kan. Jadi mas bakar dlm oven jelah. Kang kalo menyalai kat luar rumah ada plak yg calling securiti...huhuhu haru.

Masak pun guna santan kotak je, bini si sani ni kalo dah teragak nak masak memang tak blh ditahan so kalo dah nak masaknya waktu ptg, tang mana plak nak cari santan/kelapa parut fresh kan? sah2 kat kedai dh hbs! Nasib baik rasanya sedap heheee.

Resepi : Mas Mrs sunnies home

Bahan-Bahan

1 ekor ayam kg salai
15 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai - ketuk
1 gelas air
200ml santan kotak - mas guna m&s
1 sk gula
1 keping asam keping
2 biji kentang - belah 4
Garam secukup rasa
5 helai daun cekur - racik halus

Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup.

2. Bakar ayam dalam oven selama 20mnt dgn suhu 190c. Bergantung kpd oven masing2. Bakar aym 10 minit ats dan 10mnt bwh.

3. Dalam periuk satukan bhn tumbuk, serai, ayam, asam keping, kentang dan 1 gelas air, reneh sampai kentang empuk.

4. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Sentiasa kacau supaya santan tak pecak minyak.

5. Tambahkn lagi air kalau kuah terlalu pekat.

7. Masak sampai semua bahan masak, akhir sekali masukkan daun cekur. Kacau sekejab, boleh la padamkan api.

Monday, November 5, 2012

Super moist Eggless chocolate Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sihat ke? semoga semuanya berada didalam keadaan yg baik2 sahaja. Pada yg bekerja selamat bertugas lakukan kerja anda sebaik yg mungkin ok. Buat suri rumah selamat mengemas ye... kasi kilat habis tau jgn malas ok.. huhuuu termasuk ler mokcik tuuuu...
Disebabkn mokcik ni terang2 surirumah tangga maka terang2 ler dapur tu harus berasap kan? dan terang2 mokcik ni sayang pokcik maka terang2 perutnya harus dijaga la kan.. hahaha. Osah poning isnin mas ni ek? mengarut sungguh!

Ekceli mas nak bg tahu yg dapur maya mas dah berasap semula! Yeah... jiran2 meh ler singgah ni, meh ambil sepotong dua kek yg mas hidang ni..sedap tauuuuuuuuu.
Pernah makan tak kek coklat lembab? Nak tau tak kek tu gelab tp sgt lembut, lembab dan lemak manis dari rasa koko dan emalco coklat tu bila dikunyah rasa seakan coklat itu berbisik 'jgn berhenti...rasakan keenakkan saya yg sgt moist sgt sedap secara perlahan-lahan masuk kedalam ank tekak. Rasakan..rasakannn'. Hehaiiii berhantu wei! nak lagi..nak lagi..nak lagi dan lagiiiiii. Nasib kejadian mung tak guna telor kalo idok memang teman mikir 3,4 kali ler nak telan kolesterol mung ituw...heheeee.

Sejujurnya kek ni memang sedap! Dalam masa seminggu saja 2 kali oven mas berasap. Rasa kek langsung tak menjemukan tekak kami, lepas tukan kalo tak buh topping pun takpe sbb kelembapan kek itu dah cukup sedap rasanya. 

Untuk pengetahuan resepi kek ini ramai teman blogger yg dah cuba. Mas nak sebut satu2 pun tak hingat yg pasti sesiapa yg dah try mesti suka. 

Terima kasih kepada Kak Dayang di atas resepi kek coklat yg sgt sedap. Best blog kak dayang nie ada mcm2 resepi kek dlm tu. Sekali dah masuk rasa mcm tak nak keluar pulak hihiiiii. 
Izinkan mas coppy n paste resepi di sini ye kak :)


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Kek ni mas bakar guna loyang saiz 4 inci. Sgt2 comel rupe paras kejadiannya. Sekali pandang dah mcm rupe donut cokelat. Mas juga toppingkan dgn coklat masakkan bersama sedikit butter dan mapple syrup, kemudian taburkan almond panggang! 
 Yummi!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails